Lawat Juga Saya Di Facebook Ya Di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl

Isnin, 26 Ogos 2013

Perkongsian Manahu Akuakultur



' Manahu Akuakultur
  Nama 'manahu' diambil daripada perkataan bahasa Dusun yang bermaksud 'musim ikan bertelur' iaitu pada masa manahu ikan2 akan berkumpul dalam jumlah yang banyak, hanya pada hari2 yang tertentu dan melakukan prsenyawaan di suatu tempat yang diangap sesuai.
gambar hiasan



 Dalam hal ini manahu juga membawa maksud yang lain iaitu 'menangkap ikan yang prgi bertelur'  selalunya mereka yang biasa dengan aktiviti ini sangat menanti-nantikan musim sebegini.
 
gambar hiasan
  

 Dalam manahu' ada dua perkara yang perlu diketahui, pertama bila masa yang tepat untuk manahu dan yang kedua tempat ikan manahu. Pertama, bila masa yang tepat? iaitu menurut daripada info musim manahu' biasanya berlaku pada penghujung bulan, ketika bulan purnama dan di langit kelihatan awan berkepul-kepul. Mungkin perkara pertama ini sudah ramai yang mengetahuinya tetapi berbeza dengan perkara kedua iaitu menentukan

gambar hiasan
 tempat yang sesua untuk manahu dan saya sendiri belum begitu arif tentang hal ini mungkin kita boleh bertanya kepada yang biasa dengan manahu. J
Manakala 'akuakultur' bermaksud suatu proses pembiakan organisma perairan dari mula proses pembiakan, penjagaan sampailah ke penjualan hasil, definisi yang lain kita boleh cari sendiri dalam kamus atau internet. :)
gambar hiasan

gambar hiasan

Sejarah

Gambar keluarga

ketika itu bilangan adik-beradik baru 4 orang. yang memakai baju hijau abang yang sulung, memakai baju kuning kakak yang pertama anak kedua, baju merah abang yang kedua anak ketiga dan yang terakhir sekali yang masi bayi adalah saya sendiri :)
Suda beroperasi sejak tahun 90an yang dikendalikan oleh Bapa,


kolam ikan air tawar yang di usahakan oleh bapa
 iaitu bermula daripada minat kemudian mula melakukan ternakan ikan air tawar, melalui nasihat dan tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan dan rakan2


gambar yang di ambil ketika bapa mengikuti kursus anjuran jabatan perikanan

 maka mulahla melakukan ternakan ikan air tawar secara kecil-kecilan. Tujuan ternakan pada ketika itu, hanya untuk memenuhi keperluan sendiri@keluarga sahaja dan belum terlintas untuk dikomersialkan.
Kemudian pada pertengahan 90an  Beliau mula menjual benih ikan air tawar spt tilapia dan comon carp tetapi masi dalam jumlah yang sedikit kerana kurang kelengkapan serta pengetahuan.

gambar hiasan
 Namun pembenihan yang dilakukan oleh beliau ketika itu mc boleh diangap kurang berjaya kerana proses kematangan induk ikan tidak menentu dan memerlukan waktu yang lama untuk proses kematangan.

gambar hiasan
 Penghasilan benih pula masih tergantung kepada faktor cuaca dan medium (masih menggunakan pembenihan secara alami). Di bandingkan dengan sekarang kita boleh mengatur masa kematangan induk, melalui suntikan hormon dan boleh membuat persediaan awal serta kelengkapan yang rapi.
Sekitar penghujung tahun 90an beliau pernah membina beberapa buah kolam simen untuk tujuan pembenihan namun mengalami kegagalan

gambar hiasan

 disebabkan lokasi ternakan tidak sesuai. Sempat juga terhenti beberapa tahun kerana mulai sibuk dengan pekerjaan bagi memenuhi sara hidup keluarga.

gambar hiasan

Pada awal tahun 2000 beliau mulah bergiat kembali di bidang ternakan ikan iaitu bahagian pembenihan, tetapi masih menggunakan kaedah semulah jadi. Bilangan adik-beradik ketika itu 6 orang semuanya dan umur saya baru 7 tahun, berada dalam darja 1 bersekolah di sk apin-apin keningau.


lencana sekolah sk apin-apin keningau
Sekitar tahun 2003 beliau mula membina kolam simen yang lebih teratur yang disesusikan untuk pembenihan ikan air tawar seperti ikan common carp dan ikan keli afrika.

Common carp

gambar hiasan

Keli africa

gambar hiasan

Pembinaan ini siap pada pertengahan tahun 2005 dan mulah beroperasi. Pada ketika itu beliau mengamalkan pembenihan secara buatan iaitu memberi suntikan hormon kepada induk ikan untuk mempercepat kematangann.


gambar hiasan

Benih-benih ikan yang di hasilkan selalunya akan di jual di tamu apin-apin

 dan selebihnya pembeli akan datang sendiri di tempat ternakan bagi mendapatkan bekalan benih. Perkara ini berterusan sampailah ke tahun 2011 kemudian pada pada tahun 2012 penternakan dan pembenihan mulah dikendalikan oleh saya sendiri


gambar lawatan ke kolam ternakan ikan air tawar pengusaha2 bahgian pinampang sabah
gambar bersama pengusaha ikan air tawar
sehinggalah hari ini. :)

Tiada ulasan: