Lawat Juga Saya Di Facebook Ya Di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl

Khamis, 29 Ogos 2013

Faedah-Faedah Aktiviti Akuakultur

Antara Faedah-faedah Aktiviti Akuakultur Adalah:


Mutu Protin

Ikan adalah sumber protin yang tinggi kepada tubuh manusia. Antaranya iaitu asid-aisid amino seperti laisin dan methionin yang baik untuk badan terdapat dengan banyak pada ikan berbanding dengan sayur-sayuran. Ikan juga memiliki manfaat yang lain iaitu memiliki kandungan zat Gizi yang banyak kebaikannya, antaranya iaitu:
  • Omega 3, untuk perkembangan otak dan janin serta pentain untuk fungsi saraf dan penglihatan bayi.
  • Vitamin A mencegah kebutaan pada anak.
  • Vitamin D dalam daging dan minyak hati ikan untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang.
  • Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah, membantu metabolisma lemak, dan melindungu jantung serta kerusakan saraf.
Kadar Pengubahan Makanan Kepada Daging.

Ikan memiliki kelebihan menggunakan tenaga yang sedikit untuk menjaga suhu badan dan pergerakannya. Dengan itu kebanyakan tenaga/protin diubah kepada daging. Dibandingkan dengan biatang yang tinggal di darat seperti kambing dan ayam yang menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk menjaga suhu mahupun pergerakannya, menyebapkan tingkat tenaga/protin yang diubah kepada daging adalah kurang.

Kadar Pengeluaran Hasil Yang Tinggi.

Pengeluaran hasil satu per unit keluasan adalah lebih tinggi berbanding binatang ternakan. Penternak boleh hasilkan 2-3 tan metrik ikan bagi setiap hektar setahun.

Persepaduan Dengan Aktiviti Pertanian.

Akuakultur boleh disepadukan dengan aktiviti pertanian yang lain seperti pengeluaran tanaman dan pemeliharaan binatang.

Sebagai contoh iaitu sistem hidroponik:

Ikan diternak dalam tangki, kemudian kotoran ikan disalurkan ke tumbuhan. seterusnya tumbuhan akan menyerap bahan-bahan organik. Akhir sekali air yang sudah ditapis akan masuk kembali ke tangki ikan dan begitulah seterusnya. Banyak manfaat yang diperoleh dari sistem ini antaranya iaitu, selain daripada medium(air) ikan yang baik tumbuhan yang dihasilkan juga bebas daripada bahan kimia dan sesuai untuk dimakan.

Penggunaan Tanah.

Tanah-tanah yang tidak sesuai untuk pertanian seperti paya dan bakau boleh diusahakan dengan aktiviti ini.

 contoh kawasan paya bakau yang boleh diusahakan sebagai aktiviti akuakultur.
Pulau Ketam yang terletak di negeri Selangor iaitu Kira-kira 80 peratus daripada kawasan tersebut adalah kawasan perhutanan paya bakau




















Tiada ulasan: