Lawat Juga Saya Di Facebook Ya Di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl

Selasa, 27 Ogos 2013

Perkongsian Tentang Akuakultur Air Tawar



Penerangan


Akuakultur didefinisikan sebagai suatu perusahan pengeluaran jenis hidupan air (tumbuh-tumbuhan atau haiwan di kawasan perairan yang terkawal. Ianya melibatkan pembiakan hidupan-hidupan tersebut dibawah kawalan manusia kepada pengendalian sekurang-kurangnya satu riwayat peringkat hidupnya sebelum penangkapan hasil dilakukan.

Marikultur- pengeluaran hidupan air laut dan payau.















Pisikultur- perladangan atau ternakan ikan.

















Krustakultur- pengeluaran jenis ikan dan ketam.



Empat sistem akuakultur yang
dijalankan di malaysia ialah kolam
terapung/rakit, dalam sangkar dan
 dasar air
meliputi 12 jenis ikan , 3 moluska

                                  haiwan jenis moluska

dan beberapa jenis krustacea.
haiwan jenis krustacea
       


Tiga kaedah untuk mengusahakan akuakultur ini ialah secara intensif, semi intensif dan ektensif.

Ektensif  - didefinisikan sebagai perusahaan pengeluaran hidupan air yang bergantung terus kepada daya produktiviti asli dan produktiviti yang digalakan oleh pembajaan.

Intensif  -   didefinisikan sebagai perusahaan pengeluaran hidupan air yang tidak bergantung terus kepada daya produktiviti asli. Hidupan diternak dalam kadar penebaran yang maksima dan pemberian makanan tambahan dilakukan.
ternakan secara intensif

Ikan merupakan sumber makanan berprotin yang utama di malaysia kerana dihargai sebagai makanan utama dan mempunyai pasaran yang baik dan boleh diterima umum. Selain daripada menjadi sumber reziki, ianya juga merupakan satu cara murah dan baik kepada penduduk luar bandar. Ini akan mengurangkan inport ikan dari luar negara dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

Tangapan pengguna yang negatif  perlu diperbaiki dan perkhidmatan perkembangan perlu diberikan kepada penternak khususnya dari aspek ternakan ikan secara komersal,  serta mengenal tahap tumbesaran ikan dan cara penangkapan ikan-ikan air tawar.

Dari segi strategi pemasaran, ikan air tawar yang dihasilkan hendaklah bermutu tinggi, serta bekalan dan promosi hendaklah dijalankan secara berterusan.
Namun begitu tanpa kometmen yang berterusan daripada sektor awam dan swasta kejayaan dalam bidang ini tidak akan membuahkan hasil melainkan saling membantu dan kerja sama bahrulah kejayaan dalam bidang ini terjamin. :)

Tiada ulasan: