Lawat Juga Saya Di Facebook Ya Di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl

Rabu, 18 September 2013

Mini Kolam Sangkar

 MINI KOLAM SANGKAR
  • Sangat mudah dikendalikan, dengan saiz 2x4x2 kaki, satu orang pun boleh urus :)
  • Menampung pelbagai jenis ikan dalam satu kolam.
  • Mengatasi masalah saiz ikan yang pelbagai ketika peringkat benih.
  • Mudah dibersihkan.
  • Mengelakkan serangan ikan pemangsa.


Ini hanya sekadar perkongsian cadangan saya untuk pembaca, dan jika anda juga memiliki sebarang cadangan bolehlah berkongsi dengan saya di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl owkey tq.

Selasa, 17 September 2013

Kolam Kanves di Kebun Getah

Contoh kolam kanves yang boleh kita buat di kebun getah kita.
 Selain daripada kita menanam getah, kita juga boleh manfaatkan ruang diantara pokok-pokok getah kita dengan pembuatan kolam kanves.
Caranya sangat mudah iaitu untuk rangka kolamnya kita boleh menggunakan bahan sedia ada yang terdapat di sekitar kebun getah kita, seperti dahan-dahan kayuh dan pokok bambu, selebihnya kita hanya perlu menyediakan kanves mengikut saiz kolam yang kita mahu, dan net untuk menjaring daun getah supaya tidak masuk ke dalam kolam.
Contoh ikan yang boleh kita ternak, seperti ikan tilapia, jalak@badus, ikan keli dan macam2 lagi mengikut cara penjagaan kita.
Kolam kanves di kebun getah ini sangat sesuai dibina di kawasan yang memiliki puncah air seperti mata air dan
sungai. contoh Kaedah penyaliran yang lebih mudah kita gunakan seperti paip pvc ataupun poli paip. Kualiti ikan yang kita ternak di kolam kanves ini juga tidak jauh bezanya dengan sistem ternakan lain seperti kolam tanah dan kolam simen. Malah proses penuaian hasil di kolam kanves adalah lebih mudah berbanding di kolam tanah.
Ini hanya sekadar perkongsian cadangan saya untuk pembaca, dan jika anda juga memiliki sebarang cadangan bolehlah berkongsi dengan saya di https://www.facebook.com/pages/Manahu-Akuakultur-Enterprise/492117987545131?ref=hl owkey tq.